Pada hari yang mulia lagi indah ini, kita dengan family kita pegi jalan-jalan ke jb. tujuna keluar: mama kita malas, jap sopan sikit, kepenatan untuk memasak. kita semua pun pergi ke danga city mall. pertama kali tuu abah kita bawak pegi sane. cam jakun je mule mule masuk dalam tu. haha. misi kita semua untuk mencari sebuah tempat makan. kita pun mule bertanya kepasa orang-orang disekeliling mane lokasi tempat makan yang sebenar.
mama: boleh tanya, food court kat mane?
amoi lawa: dekat bawah, turun eskelater (esculator)
mama: ouh thank you ah
Kami pun bersama-sama turun ke bawah menaiki eskelater yang ditunjukkan amoi tersebut tu tadi. sampai-sampai bawah, kita tanya adik kita, "eh kita nak pegi mane daa???" adik kita jawab "tu pasaraya kat depan tu....ughh nak makan la ape lagi!". ouh oke. kita semua cari punye la cari tempat makan tu, tapi tak jumpe. tengah merayau-rayau kat tingkat tu, ternampak la satu tempat di mane sikuriti (security) tu bertenggek. haha
mama: food court kat mane?
abang sikuriti (cehh abg you): dekat tingkat 4
mama: ouh oke trima kasih eh
Memang nak kene tau amoi lawa tu tadi. buat penat kaki, lutut, buku lali, urat sendi aku je. ni nak kene naik atas balik. TINGKAT 4 PULAK TU! tapi takpe ade kemudahan kita gunekan. dah satu hal nak cari lif pulak dah. tanya lagi kat sikuriti guard dan akhirnya ketemu itu lif! nak pendekkan cerita, lepas habis menikmati santapan kami semua, kita telah memujuk abah kita untuk pergi main BOWLING! fuhh memang rekod dunia tu, 3 kali dalam satu bulan. padahal dah bertahun sebelum ni tak main. yeahh! pada round pertama dan kedua aku telah berjaya masukkan bola ke dalam longkang. hingga ke roung keenam, aku masih berada pada posisi bawah sekali dikalahkan oleh adik kita, abah, mama. abah kita baling bola tak boleh belah. dia macam main lontar peluru tau tak. bergegar satu tempat bowling tu. hishh abah dasyat. haha. dan pada round terakhir, aku telah berjaya merangkul tempat ketiga. yeah! haha adik aku kalah jugak. mule beria jatuhkan 9 pin sekali gus. pirahh. haha
Masuk je tempat bowling, rase nak gelek-gelek je badan seab kat atas tu ade bebola bekilauan. haha
Adik kita yang mendapat tempat terakhir. ohh haah, dia ade terlepas bola mase nak swing bola dia ke depan. haha. padan muke bengang. baha!
Juara lontar peluru, abah. haha
Mama dapat second, yeah! pertama kali main tuh. terer terer.
Selepas menjamu diri dengan bowling, mama kita mulalah merambangkan mata dia dengan kedai-kedai pakaian wanita kat sana. haihh. dan setelah tunggu selama hampir 2 JAM kat kedai yang sama, kita ade lahh amik beberape gambar. ishh gambar lagi! ha tengok la korang.
pakaian-pakaian yang ada dalam kedai tu. sape nak? amik ah. hee
dan berakhirlah trip jalan-jalan kat danga city mall kali ini. ahah lepas tu kami ade pergi ke drivethru McD. terase perut kami semua berkeroncong sekali lagi. haha