Friday, January 2, 2009

2009 ouh 2009

Yiepaa! dah masuk tahun baru, 2009! anyways Happy New Year to all of you out there. aku rasa masih belom terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru. hmm yeh, dah lama rasenya tak post blog baru. tiba2 rasa malas sebab ada banyak benda nak kena buat. disebabkan sekarang aku tengah free, hati ni tiba2 tergerak nak buat blog baru. so ni event2 yang berlaku mengikut urutan tarikh semenjak dari hari last yang aku post blog

30 hb Dis 2008- Dari apa yang korang tau, hari tersebut merupakan hari penerimaan keputusan PMR 2008. dan aku merupakan salah satu pelajar dari 472,060 calon PMR seluruh Malaysia yang telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima keputusan tersebut. hanya Allah saje yang tau betapa gelabahnya aku sebelum nak dapat slip keputusan tu. tapi alhamdulillah, aku telah mendapat A untuk kesemua subjek! THANK YOU ALLAH! masa dapat2 je slip, memang gile tergamam. gembira, suka, terkejut, nak nangis. ha sume rase. gahh! tak sangka gila dapat result yang macam tu. mula2 target 3-5 A gitu. rendah kan. hmm tapi memang syukur sangat x100!


31 hb Dis 2008- Aku telah diajak dan dibelanja oleh Cikgu Tan Pei Ching iaitu guru kh teknikal aku. kene belanja KFC tuh. yumm yumm yumm! sebelum PMR dia dah janji ngan kitorang, kalau semua murid dia dapat A for kh, dia akan belanja. so memang puas arr. anyways. thanks teacher!

Ouh haah, I missed watching The Jonas Brothers Live In London Concert kat Disney Channel. ughh benci benci! sebab tak dapat tengok: coz aku takde Disney Channel pun. huhh. sebab abah aku tak nak amik, dia cakap nanti asyik sangat tengok tv sampai khayal. ha memang pun, memang betol cakap dia. kalau dah hadap tv, teros lupa dunia. kalau ada gempa bumi pun tak sedo agaknya kot aku ni. haihh terok gile perangai aku ni. haha. sebab dah tak dapat tengok, aku pun tukar2 channel sebab dah tersangat boring. aku pun bukak hallmark punya channel. nasib baik ada The Oprah Show. ooohh i just love her show. dah la dia tengah interview Celine Dion. woohoo, best bestt. ouh yeh, aku tidur hingga lewat malam sebab berlarutan tengok rancangan2 kat tv tu. ha kan dah cakap, kalau dah duduk depan tv rasenye permanent untuk beberapa jam. haha

Hee saja aje letak gambar Oprah Winfrey bersama dengan Jonas Brothers. kelihatan kacak pulak gambar ni bila lama2 tengok. hahaha. ohhh, just in love with her shows. ouh yeh, plus the Jonas Brothers. baha


1hb Jan 2009- Hari ni aku menonton cerita transformers dan transporter 3. transformers best gile ouhh. baru sekarang dapat tengok cerita tu full sebab sebelum ni nak tengok tak dapat sebab dvd tu rosak. asik tersekat-sekat. so abah aku beli yang baru punye. yang transporter 3 pulak hanya dapat tengok sekerat. nanti-nanti lah sambung. hee

Go Bumblebee! ;D


2hb Jan 2009- Disebabkan hari ini masa aku agak free dan terluang, aku pun bercadang untuk mengajak rakan2 untuk bermain bowling. so yang mengikut rombongan untuk bermain bowling ni ialah aku, adik aku, azrina bersama adiknya adeeba, and najwa. ingat nak ajak lagi ramai, last2 berape ketul je yang jadik pegi. mase first game, dapat lah spare kan. tapi last2 point aku 27 jek. ciss kau tangan pelong! untuk 1st game ni, azrina merangkul juara. habis first game, kita pun bercadang nak main lagi satu game. mule2 baling dapat 0. sampai habis game, aku dapat 0! ughhh tension jek. buang duit aku jek main. aku punya ibu jari dah naik merah. grrr! and once again, azrina juara. thanks to my pelong hand, AGAIN! lepas ni insaf ar main bowling. huhh

Sekian sudah post kali ini. jam menunjukkan dah pukul 1 lebih PAGI. katil sudah memanggil untuk tidur. oke finishh. salam~

No comments:

Post a Comment